kufitri
Female
Malaysia
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Tuesday, May 31, 2011
TULIS LAH SESUATU

"menyintaimu lebih dari apapun, kerana dia kekasih gelapku,"

dia selalu beri lagu yang boleh meninggalkan kesan cukup mendalam di hati saya.. baru-baru ini dia menghantar lagu "di mana kan ku cari ganti," yang dinyanyikan oleh shiela majid.. siap suruh paksa dengar lagi, saya cakap lah, saya dah dengar lagu ni yang nyanyikan oleh Tan Sri P. Ramlee, tetapi dia tetap suruh saya dengar juga..

saya macam nak tanya, kenapa suruh saya dengar lagu tu, wal hal saya yang sepatutnya bagi lagu tu untuk dia? hahaha..betul lak? tetapi terbalik kuang pulak..

entah lah, walaupun penghujungnya saya dah tahu tetapi kadang-kadang bila time macam ni, buat kita terkenang juga..


Posted at Tuesday, May 31, 2011 by kufitri
Make a comment  

 
Wednesday, March 23, 2011
BERMULA DI SINI

lamanya tak menulis kat sini kan?? rasanya kena mula menulis semula, mengasah balik bakat menulis tu.. hehehe..perasan..

terima kasih kepada semua yang sudi beli "cinta hatiku".. terima kasih juga kepada yang memberi komen, pandangan dan nasihat kepada saya dalam novel ini.. hanya ucapan terima kasih, terima kasih, terima kasih saja yang mampu saya lafazkan..,

sebenarnya naluri untuk menulis semula dalam blog ni dah lama tetapi kesuntukan waktu.. betul ke atau sibuk dengan fb hingga masa untuk mewarnakan blog terbatas.. hehehe..

sebenarnya teringatkan seseorang yang membuatkan saya menulis hari ni.. tentu lah kepada si dia yang pernah hadir dalam hidup saya suatu ketika dulu.., hehehe. seseorang yang setiap kali berjanji belum pernah memungkiri janji-janjinya.. sepanjang lima tahun kami berkawan, belum pernah sekali pun dia memungkiri kata-katanya.. dia sememangnya boleh dipercayai dan menepati sekali dengan kerjaya yang diceburinya.. ahli perniagaan katakan..

jodoh pertemuan benarlah di tangan ALLAH. punya perasaan, punya hati yang sama, namun tidak tertulis jodohnya dengan saya.. huwaaa.. sedih memang sedih, sebab susah sangat nak cari seorang lelaki seperti dia.., saya pernah menangis di bahunya di kala saya begitu sedih dan susah hati saat aruah ayah terlantar sakit dulu.. waktu itu dia lah yang memberi saya kata-kata peransangan, kata-kata semangat untuk saya menghadapi detik getir itu..

saya menganggap perpisahan ini sebagai tiada jodoh antara kami dan tidak pernah sekali pun menyalahkan keluarganya yang menghalang hubungan kami.., bagi saya andainya dihalang tetapi kalau ada jodoh antara kami tentu akan bersama juga, betul tak?

sayang??? usah cakap lah, sampai sekarang saya sayangkan dia, dan akan menyimpan segala kenangan cinta kami bersama sampai lah bila-bila.. dan sekarang kami saling mendoakan supaya masing-masing bahagia dan berjaya, bahagia bersama keluarga dan berjaya di dalam impian masing-masing..

sebenarnya susah nak cari lelaki seperti dia.. itu sebenarnya mahu saya katakan, semua ciri-ciri lelaki idaman dan pilihan hati saya ada kat dia...

 


Posted at Wednesday, March 23, 2011 by kufitri
Make a comment  

 
Tuesday, August 17, 2010
7 RAMADHAN 1431
17 OGOS 2010

Genap setahun ayah meninggal hari ni kalau mengikut bulan islam. kena tarik nafas panjang-panjang untuk taip blog pagi nih..berbagai perasaan sedang bermain di dalam hati dan jiwa.. jadi rasanya tak usah lah kut saya terjemahkan perasaan itu kat sini.. rasanya orang yang pernah mengalaminya, akan faham maksud saya..,

Kelmarin saya berbual panjang dengan seorang teman saya.. bercerita tentang kisah hidup masing-masing, kata saya perjalanan kita ini sebenarnya berbeza.. tidak sama. masing-masing diberi ujian dan mengalami keadaan yang berbeza.. malah ketentuan ini bukan kita yang tentukan.. tapi ALLAH yang menentukan segalanya..

Al Fatihah untuk aruah ayah.., Amin.

Posted at Tuesday, August 17, 2010 by kufitri
Make a comment  

 
Monday, May 31, 2010
SEMANGAT BARU
hikmah baca sweet sour... hahahaha... suntikan paradigma dan dapat motivasi baru dari novel tu..tak nak lah sedih-sedih.. tak nak lagi dok terkenang kat orang macam tu.. buat rugi masa saja.. di depan sana nu banyak lagi jalan bahagia.. buat lah aku buang masa dan buang karan terkenang kan orang macam tu.. hahahaha...

hari nie aku delete semua cerita-cerita luka, dan cerita-cerita sedih tu.. malah kalau boleh nak delete juga nama dia kat ym.. biarlah dia dengan jalan dia, dan aku sudah pun memilih jalan hidup aku sendiri..,

hidup ini akan aku teruskan dengan warna-warna indah.. kan hari tu warna pelangi aku yang enam tu dah berwarna gemilang, cuma yang satu kaler tu saja belum kelihatan tetapi hari nie akan aku warna semula warna tersebut supaya kelihatan semula.. hahaha..,

alhamdulillah, kerana hari nie aku dah kembali ke alam semula.. kekekeke


salam rindu dan salam sayang dari saya..,

Posted at Monday, May 31, 2010 by kufitri
Make a comment  

 
Monday, April 26, 2010
LAMANYA TAK MENULIS
lamanya tak menulis kat sini...hampir sebulan membisu.. masa berlalu terlalu pantas.. itu barangkali lah ataupun apa yer??sibuk?? tak ada idea atau pun tak dak mood..

sebenarnya tak tahu nak tulis apa kat sini sebab itu membisu..., atau pun sibuk dengan facebook.. itu satu cabang tempat untuk berkongsi pendapat atau pun apa saja dengan kekawan..

saya sedang mencari idea baru untuk novel ketiga bersama buku prima selepas sambutan yang begitu menggalakkan dengan kehadiran CINTA HATIKU yang baru dua bulan di pasaran.. alhamdulillah.. untuk hari ini saya boleh tersenyum lega dengan rezeki RISSA dan RAFIQIN.., amin..,

terima kasih kepada teman-teman yang membelinya, kepada peminat dan pembaca, jutaan terima kasih saya lafazkan.. tanpa kalian semua, siapa lah saya...,



Posted at Monday, April 26, 2010 by kufitri
Make a comment  

 
Thursday, March 25, 2010
TABAH
ISNIN 22 MARCH 2010
beritahu teman rapat saya.. ayahdanya pulang ke pangkuan ilahi pada pukui 11 pagi sebelum jumaat...,

SELASA 23 MARCH 2010
saya ke pesta buku dan berjumpa dengan kak su.. dan kak su juga mengambar tentang kehilangan ayandanya pada minggu lepas..

semuga kak su dan teman rapat saya tu tabah menghadapi semua ini..,

ALFATIHAH..,

Posted at Thursday, March 25, 2010 by kufitri
Make a comment  

 
Tuesday, March 16, 2010
NALURI
betul ke kami berdua mempunyai naluri yang sama? itu lah yang saya cakapkan kepada teman rapat saya kelmarin, bila dia menyoal macam mana nak berhubung dengan si dia sedangkan aku tidak mempunyai nombor h/phonenya, nombor ofisnya ataupun paling tepat nombor rumahnya.. begitu juga dengan si dia.. selama ini kami berhubung hanya melalui emel dan ym.. itu saja, selebihnya dia kerap juga call nombor ofis ku..selebihnya bagaimana andainya ada hari, ada waktu, ada masa aku perlukan dia? aku dambakan kehadiran dia? aku mahu berbual dengannya sedangkan aku tidak mempunyai alat perhubungan yang cepat dan pantas itu? bagaimana yer?

hampir empat tahun kami berkawan, saat aku perlukan dia, aku impikan kehadiran dia, aku mahu berbual dengan dia, waktu itu aku hanya perlukan bisikan di kalbuku, dilubuk hatiku, dan berdoa di dalam hati, meminta pada ALLAH supaya membisikkan kepadanya bahawa aku perlukan dia..., itu saja yang aku lakukan sehingga ke detik ini, dan percayalah dia akan menghubungiku ketika itu.. dia akan bertanya khabar, bertanya masalah ku dan berbagai lagi.. benarkah bahasa hati kami yang berkomunikasi sehingga semua ini terjadi??

sukarnya untuk memberi jawapan kerana ALLAH saja yang maha mengetahui..

itu sebabnya aku tidak mampu berlari jauh darinya.. ini sebabnya mengapa langkah kaki ku terhenti setiap kali aku ingin membuat keputusan untuk pergi darinya...

susahkan??



Posted at Tuesday, March 16, 2010 by kufitri
Make a comment  

 
Thursday, March 11, 2010
KENALI KAWAN KITA
sebenarnya kita boleh mengenali diri sahabat-sahabat kita sendiri.. percayalah.. andainya kita betul-betul mengaplikasikan mata kasar dan mata hati kita untuk menafsirkan siapa mereka yang sebenarnya..,

kawan yang sejati, tentunya dia akan saling mendoakan kita, menegur demi kebaikan, mahu melihat kita gembira dan bahagia, berada di sisi kita ketika susah dan senang.. andainya kawan kita tu boleh kongsi kesedihan dan kesusahan dengan kita, maksudnya dia sememangnya kawan sejati kita lah..

ada kawan berkawan dengan kita ketika kita senang saja, bila kita susah, bila kita terhimpit dengan masalah, dia akan lari tinggalkan kita, dia akan pergi menjauhkan dirinya dari kita.. itu yang paling banyak kita temui..,

ada juga yang mengaku kawan kita tetapi mahu melihat kita jatuh tersungkur, mahu melihat kebahagiaan kita musnah, mahu melihat kita gagal dari mencipta kejayaan.. ini yang lagi perit, malah semakin perit apabila dia menikam kita dari belakang.., dan kelukaan ini bukan sekadar meninggalkan parut yang dalam, malah meninggalkan kenangan yang terlalu pahit untuk dimemorikan..,

salam penuh kasih sayang dari saya
KU FITRI MANJALARA


Posted at Thursday, March 11, 2010 by kufitri
Make a comment  

 
Monday, March 08, 2010
SEDIKIT SEDUTAN CINTA HATIKU

Haruman bunga kemboja bersatu dengan renjisan air mawar mencetuskan ilusi semalam. Seperti, semalam saja dia pergi meninggalkan kita semua. Segarnya senyuman dan mekarnya kata-kata Asraff seolah berligar di telinga. Rindunya...,

Surah yassin yang bergema dari bibir saudara kandung Asraff, Afnan berdayu sayu, sesekali terdengar juga suara ibu Asraff, Mak cik Natrah dan suaminya berselang seli.

Tiap-tiap kali hari raya mereka sekeluarga akan ke sini. Bukan itu saja, hari lahir Asraff pun mereka ke sini juga. Ada ketika bila mereka teringatkan Asraff, mereka akan kerap berkunjung di sini, bukan seperti dia, rumahnya dengan pusara ini bukan jauh pun, tetapi ini lah kali pertama dia ke sini.

 

Maafkan aku, teman. Maafkan aku kerana tidak pernah ke sini. Aku tidak berdaya teman, seolah aku menyaksikan kau berada di hadapanku sebab itu aku tidak tega untuk berhadapan denganmu dalam keadaan begini.

 

Teman, kau lah sahabat sejati dalam hidupku sampai kapan pun. Bagiku, terlalu sukar untuk dicari penganti seperti dirimu. Bila aku sedih, kau lah penghibur, bila aku sepi, kau lah penemannya. Kala aku susah, di kala aku berduka, kau lah yang berada di sisi ku, memberi nasihat dan kata-kata peransang untuk aku meneruskan kehidupan.

 

Terima kasih, teman kerana memberi aku ruang di dalam hatimu. Terima kasih teman kerana ada ruang kasih sayang antara kita berdua yang tulus dan ikhlas. Sehingga ke saat ini aku masih belum mampu untuk membalas segala jasa dan pergorbananmu.

 

Teman, baru sebentar tadi kami menghadiahkan surah yassin kepadamu. Semuga kau berada di sisi orang-orang yang disayangi oleh maha pencipta kita semua dan semuga kau diterima bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan solehin... Amin..,

 

Ya Allah, terimalah sahabatku ini. Ampunkan segala dosa-dosanya. Terimalah taubatnya. Terimalah amal kebaikannya sepanjang dia di dunia ini. Terimalah dia di sisimu, Ya Allah. Tempatkan lah dia bersama–sama orang-orang yang beriman, orang-orang yang ENGKAU kasihi dan sayangi. Tempatkan dia di syurgaMU, Ya ALLAH.

 

Amin.

 

Pusara Asraff di tinggalkan. Selamat tinggal, teman. Semuga kau tenang di sana. Lafaz Arissa di dalam hati. Arissa memandang ke arah Mak Cik Natrah. Mata Mak cik Natrah merah dan basah. Tetapi berbeza dengan dua orang lelaki yang turut berada bersama mereka. Pak Cik Zaman terlalu kuat untuk menangis. Begitu juga dengan Afnan.


Posted at Monday, March 08, 2010 by kufitri
Make a comment  

 
Sunday, March 07, 2010
CAHAYA ISLAM
indahkan kalau kita berada dalam situasi begitu??? Semuanya berteraskan keislaman, keseluruhan cara bekerja semuanya mengikut ciri-ciri islam.. masuk lif saja terdengar doa naik kenderaan, bila time solat saja.. semua operasi ditutup kerana ingin menunaikan amanah ALLAH... subhanallah..best sangat..,

tempat kerja saya menyimpang dari yang itu.. ciri-ciri keislaman tak ada langsung.. malah sikap dengki, iri hati, fitnah, itu pula yang semakin menebal.., macam mana lah orang kita nak maju, kalau ini lah yang masih kita pertahankan, kita pegang.. dari turun temurun lagi, perasaan-perasaan begini lah yang membuat kita musnah, yang membuatkan kita tumbang..

nampak orang tu nak berjaya, nak senang sikit, ada saya cara untuk menjatuhkannya... hmmm..

Mahsuri kena bunuh kerana perasaan-perasaan begini lah, hang tuah, hang jebat bertelagah pun kerana perasaan jahat ini lah jugak.. begitu juga apabila Melaka jatuh ke tangan bangsa asing, puncanya kerana perasaan orang-orang kita yang dengki, iri hati dan fitnah yang membakar diri.., orang kita masih tidak berubah kalau tentang bab ini...,

sampai bila agaknya yer?sampai kiamat barangkali...,

Posted at Sunday, March 07, 2010 by kufitri
Make a comment  

Next Page